Virus Zika Sebabkan Masalah Bayi Dalam Kandungan

Virus Zika Sebabkan Masalah  Bayi Dalam Kandungan

Sekarang banyak orang panik sebab virus Zika & sekarang ni dah ada kes kat Malaysia & katanya virus tempatan sebab orang tu tak pernah keluar negara pun. Zika ni sama la macam denggi, tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti. Perkongsian dari Dr Fyda Noh bagaimana mahu mengelak virus ZIKA ini. salah satu cara adalah pengambilan vitamin yang boleh membantu membina sistem imun badan kita. Dingatkan sistem imun yang kuat dapat melawan virus yang datang .Semasa hamil sistem imun akan rendah. ini kerana badan ingin membenarkan suatu ‘ketumbuhan’ baru dalam rahim.

Dos Vitamin C Yang Tinggi Selamatkan Lelaki Koma Akibat Virus H1N1

Jika anda mengalami sakit yang lazimnya doktor akan bagi ubat tahan sakit atau antibiotik, cuba amalkan pengambilan 1000mg Vitamin C setiap 6 jam. Vitamin C itu akan “boost” sistem imun anda. Dan secara semulajadi sistem imun tubuh kita akan membunuh kuman dan kita akan kembali sihat seperti sediakala TANPA UBAT/ ANTIBIOTIK. Kajian oleh University of Puerto Rico baru baru telah membuktikan mengambilan vitamin C High Dose dapat mencegah Virus Zika.

Kementerian Kesihatan memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, bahawa jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika. Ini adalah kerana Kementerian berpandangan risiko bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab berikut:-

VIRUS ZIKA DI MALAYSIA

  1. Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.
  2. Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
  3. Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
  4. Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
  5. Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.

UJIAN SARINGAN DI MALAYSIA

Namun begitu, menghalang kemasukan virus ini ke Malaysia adalah sesuatu yang sukar. Ujian saringan kesihatan umum di pintu masuk adalah tidak praktikal kerana gejalanya yang ringan dan sukar dikesan di samping ketiadaan ujian cepat (point of care test) yang boleh digunakan. Walaubagaimana pun, Kementerian akan mengambil dan mencadangkan langkah-langkah berikut:-

  1. Semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Buat masa ini terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint  Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
  2. Mengedarkan Nasihat Kesihatan (Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil jika gejala sedemikian berlaku. Seterusnya, mereka hendaklah segera ke Klinik Kesihatan berhampiran.
  3. Menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.
  4. Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
  5. Mengeluarkan “Health Alert” kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta.
  6. Meningkatkan pemantauan di klinik dan hospital bagi kes yang mempunyai tanda-tanda Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika virus. Di samping itu, pemantauan bagi kes “microcephaly” juga ditingkatkan di hospital-hospital.

Gugur Janin Sebab Zika

Gugur janin sebab zika ? Wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janinnya yang belum mencapai usia 120 hari, kata Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Menurutnya, apabila situasi itu berlaku, harus menggugurkan janin mengikut kehendak ibu ba­panya. “Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit talasemia yang boleh diqiaskan bagi isu virus zika ini, sekiranya dapatan kajian daripada pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus tersebut boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

“Dalam keadaan sedemikian, persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya dalam kenya­taan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (http://www.muftiwp.gov.my) hari ini.

Ramai yang cepat melatah tentang hal ini. pelbagai aspek menyeluruh yang harus kita lihat. Lihat dengan ilmu dan akal bukan dengan nafsu. Seperti yang umum sedia maklum, setakat ini kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungkait antara ibu hamil yang dijangkiti virus Zika dan insiden bayi kandungannya mendapat microcephaly. Walaupun peratusannya rendah, iaitu sekitar 1-13%, ia tetap menjadi tanggungjawab doktor untuk memaklumkannya kepada masyarakat.

Kenapa nak gusar tentang Zika dan microcephaly?

Buat makluman semua, microcephaly bukan terhad kepada kecacatan pada saiz kepala sahaja. Ia lebih dari itu. Bayi-bayi microcephaly berisiko untuk mendapat pelbagai komplikasi rumit kerana ia juga melibatkan organ yang amat penting di kepala; iaitu otak. Kanak-kanak yang mempunyai microcephaly cenderung untuk mengalami sawan, kelewatan perkembangan, masalah neuromuskular, gangguan keseimbangan, terencat akal, masalah tingkah laku, masalah pendengaran dan penglihatan, kesukaran menelan, dan kelewatan pertuturan.

Bagi meminimakan masalah-masalah ini, kanak-kanak ini perlu dipantau semenjak lahir dan biasanya dirujuk kepada doktor pakar neurologi kanak-kanak, doktor rehabilitasi, jurupulih fisioterapi, jurupulih carakerja dan jurupulih pertuturan. Ini bermakna, ibu bapa akan meluangkan banyak masa, tenaga dan wang ringgit untuk membawa anak-anak ini menjalani rawatan.

Tak dinafikan kanak-kanak microcephaly adalah anak-anak syurga, tetapi mampukah ibubapa galas tanggungjawab menjaga ahli syurga ini? Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kanak-kanak dengan keperluan khas di Jabatan Rehabilitasi, ibubapa terpilih ini, ada yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga dan menguruskan anak-anak ini, bergolok bergadai sehingga sehelai sepinggang dan ada juga yang mengalami depressi.

Oleh kerana bukan mudah menjaga anak-anak berkeperluan khas, terdapat segelintir ibubapa yanggagal menggalas tanggungjawab tersebut. Ada kanak-kanak ini yang dibiarkan terlantar tanpa rawatan susulan sehingga mendapat komplikasi seperti kekakuan otot, deformasi sendi, tidak diberi makan secukupnya, tidak diberi peluang belajar dan sebagainya. Sebelum ke syurga, anak-anak ini mengharungi neraka di dunia. Jadi, jangan pandang enteng.

Tiada petugas kesihatan yang melabel kanak-kanak istimewa sebagai hina. Jauh sekali kami membenci. Bahkan, kamilah yang merawat, membimbing, menyokong dan menjadi tempat mengadu kepada mereka. Apa pula sumbangan anda sebagai masyarakat yang “menerima” mereka? Dalam isu ini, satu-satunya “racun” yang saya dapat lihat adalah kata-kata fitnah daripada mereka yang kurang berilmu yang menggunakan agama sebagai tuil untuk melariskan fitnah mereka.

Siapa yang sebenarnya menangguk di air yang keruh? Fikir-fikirkanlah. Nak gugur janin sebab zika ?

SUMBER,  Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sumber vitamin c yang tinggi

Vitamin C adalah antihistamine semulajadi, jadi mudah untuk kita dapatkannya daripada buah-buahan yang segar.

1- Jambu Batu (Merah)
2- Oren
3- Betik
4- Delima
5- Epal
6- Kiwi
7- Anggur
8- Durian Belanda
9- Mangga
10- Tomato
11- Nanas
12- Kubis
13- Brokoli
14- Bok Choy
15- Bunga kubis
16- Blackcurrant
17- Laici
18- Markisa

Sesuai diamalkan utk mereka yang hadapi ekzema. Tapi ingat, tak semua orang serasi dengan semua buah tersebut. Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply