DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

WAHM Suri Rumah Banyak Masa ? Jangan Tertipu !!!

WAHM Suri Rumah Banyak Masa ? Jangan Tertipu !!!

WAHM Yang Tertipu

Mungkin puan2 tengok perkongsian dari ibu2 yg berhenti kerja dan memulakan bisnes (biasanya dari rumah) yg menyatakan,

“Dulu setiap pagi saya redah jem utk sampai ke pejabat. Sekarang pagi2 paling jauh pun beli nasi lemak depan rumah je….”

Percaya atau tidak, more than half yang anggap situasi ini adalah – Bila dah berhenti kerja dan jadi WAHM (work at home mother) kita boleh relax!!!

Sebenarnya anda silap!

WAHM ada kebebasan masa, ia adalah TIME-FREEDOM, bukan FREE-TIME.

Ia sebenarnya…

Kebebasan masa untuk
– pilih jam berapa nak mula bekerja
– pilih jam berapa nak rehat
– pilih jam berapa nak buat apa yang mereka suka

Bukan banyak masa terluang & banyak relax berbanding masa bekerja.

Bak kata Lori Greiner (celebrity businesswoman di USA), “Usahawan sanggup bekerja 80 jam seminggu utk mengelak drp bekerja 40 jam seminggu”

40 jam seminggu tu kerja makan gaji lah, 8 jam sehari, darab 5 hari.

Bermakna, kalau anda pilih utk jadi WAHM, anda kena expect kerja 2 kali ganda, bukan kurang jam bekerja & boleh rileks, membawang ke…

Kita bukan ada banyak masa free, tapi ada time freedom.

WAHM tak sama macam SAHM (stay at home mother). WAHM mmg core dia berbisnes atau bekerja, cuma bukan dari premis luar. SAHM pulak surirumah sepenuh masa, mungkin ada sikit2 buat duit sampingan. Tapi still dikira SAHM sbb kalau ada bisnes pun cuma sambil2.

Manakala WAHM bukan bisnes bersambil2. WAHM mesti beri komitmen sepenuhnya.

Teringin nak jadi WAHM? Sanggup kerja double hour dari biasa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.