DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Wanita Muda Masuk ICU Akibat VAPE

Wanita Muda Masuk ICU Akibat VAPE

Seorang wanita berusia 18 tahun datang ke hospital dengan gejala sesak nafas, batuk dan sakit dada. Pemeriksaan mendapati, waktu itu oxygen saturation dia hanya 84% (normal adalah 95% ke atas). Dia dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan bagi menyelamatkan nyawanya. Tiub terpaksa dimasukkan ke tenggoroknya untuk membantunya bernafas.

Wanita ini ada sejarah penyakit asthma. Tapi asthmanya terkawal. 2 minggu sebelum dia sakit, dia mula berjinak-jinak dengan v4p3. Apa yang dia letak dalam v4p3 dia? Wallahualam. Tapi tiada dadah dikesan dalam ujian toksikologi.

Hasil siasatan pihak hospital, diagnosis yang dibuat: Hypersensitivity pneumonitis. Ia adalah satu keadaan di mana paru-paru cedera akibat serangan sistem imun sendiri selepas terdedah kepada anasir luar.

Dalam kes ini, selepas siasatan dijalankan, tiada sebarang bukti jangkitan atau bahan lain yang mencetus penyakit ini, selain dari v4p3. Maka doktor merawat menyimpulkan, v4p3 lah puncanya.

Wanita ini dirawat dengan steroid. Selepas 5 hari, dia berjaya bernafas tanpa bantuan tiub pernafasan.

Ini adalah cerita benar, dilaporkan di dalam jurnal Pediatrics terbitan American Academy of Pediatric.

Semakin hari semakin banyak bukti vape itu memudaratkan. Dan tiada bukti kukuh ia boleh membantu ketagihan nikotin dari rokok.

Jika ia diregulasi, ia akan menjadi barah dalam masyarakat, di mana ia bukan sahaja membunuh kesihatan masyarakat, malah ia akan merosakkan anak-anak kita.

Lihat sekeling anda, ada tak kenalan yang guna v4p3 dan datang dengan gejala batuk, sakit dada, rasa berdebar, dan macam-macam lagi? Kalau ada, nasihatkan mereka, dapatkan bantuan, berhentilah. Berhenti sebelum jadi seperti wanita dalam kes ini.

Rujukan:

Sommerfeld, C. G., Weiner, D. J., Nowalk, A., & Larkin, A. (2018). Hypersensitivity Pneumonitis and Acute Respiratory Distress Syndrome From E-Cigarette Use. Pediatrics, 141(6), e20163927. doi:10.1542/peds.2016-3927

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.