WARNA KEPUTIHAN – Beza Warna Keputihan Tanda Endometriosis ?

WARNA KEPUTIHAN – Beza Warna Keputihan Tanda Endometriosis ?

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Jenis Warna Keputihan

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Berikut adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat. Perkataan endometriosis berasal daripada endometrium iaitu lapisan dinding atau tisu yang menyaluti permukaan kulit dalam rahim dan penyakit ini dipercayai berlaku apabila darah haid yang sepatutnya turun melalui saluran uterus ke vagina mengalami penolakan ke atas dan kemudian keluar melalui tiub falopio dan menyelaputi dinding luar rahim.

Bendalir yang menyelaputi dinding rahim itu lama kelamaan akan menjadi tebal mengakibatkan organ berhampiran rahim iaitu usus, pundi kencing akan melekat antara satu sama lain dan setakat ini kes yang pernah ditemui – tisu berkenaan boleh merebak sehingga ke paru-paru. Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna Keputihan : Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

  • Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2
  • Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  • Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  • Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  • Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  • Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis “unscented” dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  • Pastikan mencuci dubur selepas membuang”hajat”dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  • Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.

sumber : klinikkeputihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat