ZIANA ZAIN KEKAL CANTIK – Selalu Amalkan Jus Timun

ZIANA ZAIN KEKAL CANTIK – Selalu Amalkan Jus Timun

UMUR penyanyi bersuara lantang ini dah hampir mencecah 50an. Pun begitu, tidak banyak tanda-tanda Ziana Zain kekal cantik sudah dimamah usia. Kejelitaan itu turut membuatkan rezeki penyanyi lagu Puncak Kasih dan Anggapanmu itu semakin bertambah. Tidak hanya dalam dunia nyanyian sahaja, terkini Ziana terpilih menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik

Pastinya usaha menjaga kesihatan dan kecantikan harus diberi perhatian. Beliau sendiri seorang yang cerewet tentang penjagaan wajah dan tubuh. Jadi, perkara pertama adalah kita perlu faham tentang tubuh sendiri sebelum mengambil apa-apa produk. Beliau banyak bereksperimen dengan diri sendiri untuk mencari produk terbaik. Banyak juga masa dihabiskan di farmasi semata-mata untuk mendapat maklumat tentang kandungan sesuatu produk.

Selain mengambil kira soal jenis kulit wajah sendiri, faktor harga juga perlu diambil kira kerana tidak semestinya kosmetik yang mahal itu akan memberi kesan yang baik untuk muka beliau . Jom kita baca di bawah 5 petua amalan ziana zain kekal cantik. yang ni dipetik dari majalah trend, mamazi kongsikan rahsia kecantikan ziana zain.

  1. Amalkan Jus Segat Setiap Pagi – setiap pagi ziana zain akan minum jus hijau timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam jarang sangat ambil nasi, hanya sayur dan lauk sahaja.
  2. Bersenam – badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gim, berlarilah sekeliling rumah. Lakukan sekerap . Paling penting, peredaran darah perlu lancar.
  3. Elakkan ais batu – ziana juga tidak pernah sentuh ais batu melainkan teringinnnn sangat. Jarang sangatlah.
  4. Menjaga wajah – abah ziana zain yang ajarkan cara penjagaan diri dan kebersihan. Penjagaan kulit seawal usia penting jika mahu kualiti kulit yang cantik.
  5. Buat Masker muka dan minyak rambut sendiri – antara petua abahnya, cara buat masker, rendam beras semalaman. Kemudian kisar hingga hancur dan gaulkan bersama putih telur. Tempekkan pada muka. Rambut pula, masak minyak kelapa sendiri. Campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan di kepala. Sangat bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.

Jom Cantik Cara Diet Diet Sihat

Selamat beramal. Jom buat tips macam kak ziana zain. Kalau nak lagi best, kena try minum vivix dan tempek youth shaklee kat muka korang. Petua jangan dilupa, yang terkini jangan tak mencuba. Lagi lagi shaklee. yehaa.

sumber: kosmo, women desiree

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat