PETUA LEBATKAN JAMBANG – Tips Terbaik Nak Ikut Sunnah Rasulullah

PETUA LEBATKAN JAMBANG – Tips Terbaik Nak Ikut Sunnah Rasulullah

Petua lebatkan Jambang. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Jadi para lelaki ada yang suka jambang, nampak lebih macho dan bergaya macam wak doyok. Tapi lebih bagus kita ikut sunnah rasulullah saw untuk ada jambang

Hadis Simpan Jambang

Diriwayatkan daripada Saidatina Aishah Radiayallahu Anha katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda: 10 perkara dari sunnah perjalanan Nabi, mengandam misai, membiarkan janggut (yakni tidak bercukur atau mencabutnya), bersugi, memasukkan air ke dalam hidung (semasa mengambil air sembahyang) dan memotong kuku. Hadis riwayat Muslim.

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu. Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai. Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Petua Lebatkan Jambang

Petua 1: Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

Petua 2: Ambil ½ gelas santan pekat yang dicampurkan dengan ¼ gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda.

Petua 3: Pakai minyak “Bon”. Mula-mula cukur sampai licin terlebih dahulu, kemudian sapu sikit air suam. Kemudian sapu dengan minyak Bon. Jangan makan benda berempah.

Petua 4: Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut anda. Oleh itu, simpanlah janggut anda seperti mana Ustaz Azhar Idrus. Setiap saat setiap masa akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Nak Lebatkan Jambang ?

Ada vitamin bagus untuk lelaki yang nak lebatkan jambang. Apapun kalau nak lebih tips dan vitamin terbaik untuk dapatkan jambang lebat baik punya macam lee tuck dan wak doyok, boleh hubungik kami pengedar shaklee shah alam untuk dapatkan ubat jambang terbaik untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat