Pucuk Ubi Kayu

pucuk ubi kayu

Pucuk ubi kayu adalah salah satu daripada jenis sayur-sayuran yang mengandungi khasiat dan manfaat khasiat yang tinggi. Malahan pucuk ubi amat mudah didapati dan murah harganya berbanding sayuran hijau segar yang lain.

Tahukah anda, pucuk ubi yang anda makan adalah sayuran organik 100% kerana pokok ubi kayu boleh ditanam dihampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus, malahan tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan sayuran pucuk ubi ini amat tinggi nilainya.

KELEBIHAN PUCUK UBI KAYU

Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Asid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik. Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman. Di samping itu, daun ubi kayu juga boleh digunakan sebagai ubat sakit sendi, sakit kepala, ulser, ubat sejuk, cirit-birit, cacing dan meningkatkan stamina.

NUTRISI DALAM PUCUK UBI KAYU

Daun ubi kayu atau daun singkong sudah sejak lama dikonsumsi masyarakat Indonesia sebagai sayuran yang bisa diolah dengan cara tumis, sayur berkuah dan juga rebus untuk lalapan serta berbagai sayuran lainnya. Daun ubi kayu adalah daun yang cukup unik dimana mengkonsumsi daun ini bisa menambah selera makan seseorang. Tekstur daun ubi kayu yang kasar membuat tanaman ini sangat cocok diolah menjadi berbagai jenis masakan.

Ada banyak nutrisi yang terdapat dalam daun ubi kayu ini tidak hanya manfaat singkong atau ubi kayu saja yakni seperti protein, serat, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfor, zat besi dan beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin B17. Tidak hanya bagian umbi-nya saja yang memiliki banyak khasiat dan bisa dikonsumsi, namun manfaat daun ubi kayu juga cukup banyak dari mulai sebagai makanan, obat luar dan bahkan menyembuhkan penyakit dalam yang beberapa diantaranya adalah penyakit berbahaya.

sumber : hudamir, manfaat

Patutlah orang tua-tua suka… ketahui 7 khasiat air rebusan daun

Daun ubi kayu berkesan menyembuhkan pelbagai jenis masalah yang dialami seseorang seperti melegakan cirit-birit, mengatasi strok dan sebagainya.

UBI kayu merupakan sumber kalori dan karbohidrat yang baik untuk tubuh, namun daun ubi kayu dikatakan mempunyai khasiat kesihatan yang lebih baik.

Selain mengandungi vitamin, protein, mineral dan asid amino penting, daun ubi kayu juga mempunyai sumber protein yang membantu pembentukan sel badan.

Begitu juga dengan adanya asid amino yang membantu menukar tenaga kepada karbohidrat. Asid amino membantu menyembuhkan luka kulit, disamping membantu pertumbuhan daya ingatan yang baik, kesihatan tulang dan sistem metabolisme badan.

Berikut merupakan beberapa khasiat air rebusan daun ubi kayu yang sememangnya rendah kalori dan memberikan kesan, termasuk;

1. Baik untuk ibu mengandung

Kandungan zat besi yang tinggi dalam daun ubi kayu dikatakan mampu membantu ibu hamil mengelakkan anemia.

Seperti yang dilaporkan oleh Health Benefit Times, daun ubi kayu mengandungi tahap folat (vitamin B9 dan folacin) dan vitamin C yang tinggi.

2. Membantu atasi demam dan sakit kepala

Air rebusan akar dan daun ubi kayu dikatakan membantu melegakan demam dan sakit kepala.

Caranya, rebus akar dan 400 gram daun ubi kayu dengan satu liter air – didihkan sehingga air menyusut kepada separuh dan biarkan ia sejuk.

3. Melegakan cirit-birit

Untuk mendapatkan khasiat rebusan daun ubi kayu dalam merawat cirit-birit, anda boleh merebus tujuh helai daun ubi kayu bersama 4 cawan air sehingga berbaki 2 cawan.

Cecair ini perlu diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan cirit-birit.

4. Menambah selera makan

Rata-rata kajian ketika ini mengatakan daun ubi kayu dapat membantu memulihkan selera makan.

Ramuan daun itu perlu dicampur bersama halia dan hendaklah diminum setiap pagi selepas bangun tidur.

5. Membantu mengatasi strok

Kajian yang telah dijalankan oleh pakar sebelum ini menunjukkan daun ubi kayu membantu merawat strok.

Hal ini kerana, daun ubi kayu mempunyai isoflavon iaitu antioksidan yang membantu mengikat radikal bebas.

6. Meningkatkan kedaya tahanan

Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh – ia membantu mengekalkan stamina badan dengan menghapuskan pelbagai penyakit.

Daun ubi kayu juga berkesan untuk kesihatan tulang. Antioksidan membantu membasmi radikal bebas dalam badan, manakala folat meningkatkan pengeluaran sel dengan membantu bahan genetik untuk hidup disamping mengelakkan mutasi DNA.

7. Menyembuhkan luka

Dengan kepelbagaian khasiat daun ubi kayu juga, ia dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Dengan sedikit gel aloe vera, masukkan beberapa helai daun ubi kayu yang telah dihancurkan dan jadikan pes, pes ini hendaklah disapu pada luka.

RENDANG PUCUK UBI

Masakan tradsisi Negeri Sembilan

Rendang Pucuk Ubi diperbuat daripada pucuk ubi kayu dan juga bahan-bahan lain seperti daging lembu, daging ayam, atau ikan bilis, beserta santan, bawang, serai, asam gelugur, garam dan minyak masak secukupnya.

Untuk menyediakannya, tumis bawang, daging atau ikan bilis dan cili api di dalam kuali kemudian masukkan santan, diikuti serai, asam keping dan garam. Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi kayu. Gaul dan kacau hingga santan kering. Pastikan api perlahan agar pucuk ubi kayu tidak melekat di dasar permukaan kuali. Kacau perlahan sehingga pucuk ubi betul-betul kering. Kemudian sedia untuk dihidang.

Sajian ini sesuai dimakan bersama nasi putih, dan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang dengan menggunakan bekas penyimpanan yang kedap udara.

Resipi Rendang Pucuk Ubi

  • Dua ikat pucuk ubi – ambil yang muda, yang tua ganyut buang
  • Segenggam cili api – tak nak cili akar, tak best – dikisar
  • 2 inci kunyit hidup – dikisar
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu kerisik (kalau suka)
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam

Cara memasak:

Santan dijerang bersama semua bahan kecuali pucuk ubi. Masakkan sehingga kuah hampir kering dan berbuih kemudian masukkan pucuk ubi. Perlahankan api, tambah kerisik. Masa ni jangan main handphone, kena balik balikkan pucuk ubi supaya rata masaknnya dan garing. Dah siap.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply