Teh Tarik Penyebab Buncit ?

teh tarik penyebab buncit

Rakyat malaysia sememangnya suka sangat teh tarik, wow, ye ni dah jadi satu minuman rasmi rakyat malaysia, minum teh  tarik, tak kisahlah dari pagi petang malam, tengah malam, sahur, masa tak puasa, semua minum teh tarik. Tapi apa kaitan nya dengan perut buncit ? Ye rata-rata, setuju sebab gula yang ada dalam teh tarik. Tambah lagi dengan gaya hidup tak sihat, air tak cukup, memang GULA ni memang pembunuh senyap.

TEH TARIK TERLEBIH MANIS 

Kalau kita sebut teh tarik sedap, mesti kalau nak kurangkan gula, rasa tak best pulak. Lagi lagi  bini kat rumah buat manis, tapi tetiba ada gerai pak husin, ada anak dara buat lagi gila manis, kita pun syok ke kedai pak husin, tapi terlupa, gula tuh boleh buat kita jadi sakit. Kalau baca blog isteri si Amin nih, disenaraikan beberapa kesan bahaya gula kepada kesihatan korang.

  1. Gula Bantu Sel Kanser – Dalam satu kajian, fruktose (gula) akan menyokong sel kanser. Ia ibarat memberi makanan pada sel kanser untuk membiak. Sel kanser boleh bertambah dengan lebih cepat jika banyak mengambil gula. Jadi, sebagai cadangan, pakar mencadangkan pesakit kanser untuk menghadkan pengambilan gula dibawah 25 gram sehari. Termasuklah gula dari buah- buahan. 
  2. Menghapuskan Vitamin Tubuh – Gula proses ( gula putih ) hampir tidak mengandungi mineral atau zat seperti yang ada di dalam gula tebu. Dalam keadaan tubuh memproses gula , tubuh ‘terpaksa’ mengorbankan banyak vitamin dan mineral untuk menghadam, detoks dan menggunakan gula ke dalam sistem tubuh.
  3. Mengganggu Keseimbangan Tubuh – Pengambilan gula yang banyak dalam sesuatu masa mengganggu keseimbangan dan tahap kesihatan tubuh. Bila ia berlaku, tubuh akan membawa asid dan mineral neutral seperti sodium, pottasium, magnesium dan calcium semata- mata untuk menyeimbangkan tahap asid dan alkali tubuh. Ini untuk mengembalikan darah pada tahap normal. Dan terlalu banyak calcium yang diambil dari tulang dan gigi yang meyebabkan kesihatan tubuh menjadi semakin lemah.
  4. Membebankan Hati – Gula yang berlebihan memberi kesan pada semua organ tubuh. Mula- mula gula akan disimpan didalam hati dalam bentuk glucose. Tapi disebabkan simpanan di hati sangat terhad, gula (gula proses) yang berlebihan akan menyebabkan hati menjadi kembung seperti belon.
  5. Menambah Lemak – Bila kapasiti gula dalam hati sudah penuh, gula yang berlebihan akan dihantar balik ke dalam darah dalam berntuk ‘Fatty Acid’. Ia akan dihantar ke seluruh tubuh. Kemudian ia akan disimpan sebagai lemak di bahagian yang kurang aktif seperti perut, peha, payudara dan punggung. 
  6. Melemahkan Jantung – Selepas lemak di bahagian kurang aktif telah diisi, lemak akan diagihkan pula ke organ aktif seperti jantung dan buah pinggang. Pengambilan gula berlebihan sangat tidak baik untuk jantung. Menurut Department of Nutrition, London, gula didapati meningkatkan tahap kolesterol, asid urik, insulin dan triglyceride dalam darah. Dan semua ini meningkatkan risiko penyakit jantung. Malah Pengerusi Department of Nutrition, London menyimpulkan bahawa ” Gula yang berlebihan , dan bukan lemak ialah punca terbesar penyakit jantung di kalangan negara yang bertamadun”. ” Gula yang berlebihan , dan bukan lemak ialah punca terbesar penyakit jantung di kalangan negara yang bertamadun”. [John Yudkin, Pengerusi Department of Nutrition, London]
  7. Merosakkan Buah Pinggang – Gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan keutuhan saluran darah. Pesakit kencing manis yang kurang insulin menghadapi masalah untu proses metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Semakin lama, sedikit demi sedikit salur- salir darah akan mula rosak yang menyebabkan proses penapisan menjadi lemah. Akhirnya, buah pinggang menjadi rosak.

KAWAL DIET

Kalau anda suka sangat teh tarik, bagus, tapi silalah kawal diet anda tuh, kalau hari hari bedal teh tarik, boleh jadi demam. Bazir duit banyak, teh tarik bukan murah macam dulu, sekarang mahal, lainlah kawan belanja. Tapi, gaya hidup sihat kena amal, kalau nak muka cantik, kena minum air manis, kena puasa gula manis nih. Memang boleh cantik.

3 Sebab Gula Boleh Merosakkan Kulit ANDA

Gula ni memang best, kalau tak makan gula memang tak seronok hidup. Makan goreng pisang pun nak cicah gula, teh tarik kena ada gula dan macam-macam lagi, termasuk pemimpin yang suka menggula-gulakan rakyat pun dikira gula juga. Tapi yang nak kena tahu, masalah gula tinggi ini, huhuhu, jom baca sikit kat bawah ini.

3 Sebab Gula Boleh Merosakkan Kulit ANDA

1. Keradangan

Bila dah makan banyak gula, badan akan menyuruh gula untuk memecahkan semua gula ini, sebab tu jadi keradangan, sebab banyak sangat beban dipikul nak pecahkan gula ini sahaja. Lagi teruk, bila gula ini dah banyak, ianya melekat pada kolagen yang ada dalam badan, lama-lama kolagen ini jadi keras sangat, dan boleh sebabkan kulit anda jadi tak cantik, bergaris. Senang cerita, dia boleh jejaskan kolagen dalam badan anda.

2. Kerosakan

Bila gula dah pecah jadi glukosa, yang ni boleh rosakan kolagen, jadi sambungan dari sebab di atas, bila kolagen dah rosak, makanya ianya akan merosakan kulit anda, Anda akan cepat tua, hoo, dan bila dah terdedah, mudahlah serangan matahari merosakkan lagi kulit anda yang putih gebu ayu

3. Dehidrasi

Ini paling senang sekali nak faham, bila gula ni banyak sangat, ianya akan menyerap semua air dalam badan anda, dan bila air dah berkurang, bila air dah berkurang, jawapannya ialah kulit korang rasa lembik je, rasa kedut, tak bermaya, tak boing boing, dan macam-macam lagilah.

sumber: bebeutiful

 

Macam Mana Nak Atasi Masalah Di Atas ?

1. Kurangkan GULA

Jawapan dia senang je kan ? kurangkan gula, lagi lagi yang suka minum  air manis, hahaha, dan suka sangat makan bergula, gula-gula, makanan tinggi gula, dan macam-macam gula. Janganlah tak ambil langsungkan, nanti tak sedap pulak nak makan. Gula pun korang tahu, boleh sebabkan diabetes, jadi ingatlah orang tersayang sikit.

2. Minum Air Banyak

Korang pun dah baca kat atas, kalau gula ni menyerap air, jadi, cara mudah ialah, tambah AIR dalam badan korang, ingat ye, bukan air gas atau alkohol, air putih, air masak,atau air yang difilter lagi sedap. hahaha, ingat ingat, minum air kosong banyak-banyak.

3. Ambil Supplemen

Yang ni sangat mudahlah jawapannya, kalau kolagen korang dah berkurang, air makin mudah berkurang, selalu berlaku keradangan, apa kata korang pertimbangkan untuk ambil suplemen di bawah ini, ok je tak, memang bagus, lagi-lagi yang nak kahwin tak lama lagi.

  1. Vitamin C – yang paling basic sekali, vitamin C, sebab apa ye ? sebab ini nak bagi cergas, dan paling penting , proses sintesis kolagen ialah dengan bantuan vitamin C, hahaha.
  2. Omega Guard – oklah, minyak ikan atau omega-3 sangat bagus kalau nak atasi keradangan. Mudahje kan, korang tengok orang jepun dan orang korea, dan orang yang duduk tepi laut ini, kulit muka cantik, biasa makan ikan. Jadi bagus je omega-3 ni ialah ianya anti keradangan yang boleh membuat muka korang bersih dan cantik
  3. Energizing Soy Protein – Protein powder ini semua boleh, semua dia bantai, dari bertenaga, badan cun, gebu, susu banyak, dan paling penting bagi kulit anda cantik. Paling best, ianya rendah GI, hahah sesuai untuk mereka yang ada kencing manis diabetes dan nak bersahur.
  4. Collagen Powder – yang ni paling mudah dan senang, isi balik kolagen korang yang dah hilang tadi, hahaha, memang terbaik, sumber dari ikan laut dalam, purity sangat tinggi tak terdedah kepada minyak minyak. Memang best.
  5. Vivix – yang ni paling kau kau punya, terus repair kulit rosak dari sel, rasa bertenaga, badan makin sihat, dan memang akan awet muda. hahah, memang bagus, lagi lagi siapa yang ada kencing manis dan rasa malas sangat nak telan banyak pil, yang hirup je, ahh best

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply