DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Khasiat Daun Selasih Bagus Sebagai Penenang Kesihatan

Khasiat Daun Selasih Bagus Sebagai Penenang Kesihatan

Khasiat daun selasih adalah sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh. Selasih juga enak dijadikan ulam dan dicicah sambal cili. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Daun Selasih atau nama lain nya ruku-ruku dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit-sakit sendi.

Pokok Selasih

POKOK SELASIH (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih di percayai natif atau berasal dari India dan sekitarnya. Nama Selasih ada berbagai seperti Kemangi, Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Pokok selasih dan kemangi ini memang banya berbeza.

Kajian menunjukkan daun kemangi banyak digunakan dalam masakan di Malaysia dan juga di Indonesia. Penulis dapati diantara ciri uniknya ialah baunya seperti bau serai yang meningkat selera hendak makan. Pokok selasih ada banyak jenis diantaranya sebagai nama ‘English’ atau ‘Sweet Basil’ yang termasuk dalam resepi masakan ala-barat (western cooking).

Pemerhatian juga menunjukkan bahawa terdapat Jenis Selasih Hijau (ruku hijau, thulasi, holy basil) yang selalu ditanam oleh kaum India. Sementara itu juga terdapat Jenis Selasih Hitam dimana daunnya adalah kerinting dengan warna batang hitam merahan. Jenis Selasih Hijau adalah yang sering digunakan untuk menguatkan jantung.

Sementara itu ada selasih ungu yang selalu dijual sebagai ulam. Artikel kali ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” dan juga menerangkan selasih secara umum sebagai tumbuhan yang dikategorikan berkhasiat.

Antara Khasiat Daun Selasih

  • gatal gatal pada tekak
  • bertindak sebagai perangsang
  • pelawas kencing
  • mengeluarkan peluh
  • merawat sakit kepala
  • masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak
  • kurap
  • batuk
  • rawatan selepas bersalin
  • demam panas
  • asma.

Juga boleh menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak. Antara lain ia juga boleh

  • meredakan demam
  • merawat keradangan usus
  • penyakit kulit
  • merawat kencing manis
  • gangguan pernafasan.

Secara amnya, pokok selasih banyak kegunaan dan daunnya mempunyai aroma yang harum dan menenangkan. Tidak hairanlah salah satu khasiatnya adalah sebagai penenang. Jika kita susah tidur, cuba ambil daun selasih dan hidu daunnya. Insya Allah kita boleh tidur lena ataupun jadikan teh dengan direndam daunnya dengan air panas.

Testimoni Daun Selasih

Afizah Abd Raob pagi-pagi dia dah dera akak tanya khasiat daun selasih. Dia ingat akak ni keja jabatan pertanian ke. Kat umah ada se pokok jek. Tu pun beli kat nursery. Disebabkan mak beranakkan kita kembo ngan laksa joho…terpaksalah nanam pokok ni. Sebab, baru kena regu makan laksa johor berulamkan daun selasih dan kesom. Baru datang kick nya.

Terpaksa rela lah mencari kebaikkan pokok selasih ni pepagi ari.Budak-budak ni kalau tak mendera akak dia memang tak sah. Selalu dengo orang tua-tua dulu kata bagus ulam daun selasih ni. Tapi setakat tau bagus jek. Khasiatnya kita tak tau. Jom kita kongsi-kongsikan. Benda yang kita leh tanam kat umah di samping beri khasiat tuk tubuh badan. Jimat pun jimat. Kita selalu tau daun selasih tuk ulam dan pembuka selera makan jek.

Daun Selasih Cegah Covid-19 ?

Sebenarnya dia juga bagus tuk cegah batuk. Musim-musin covid ni bagus juga cegah batuk dan gatal kerongkong. Mengandungi anti oksidan dan vit C. Selain tu dia juga dapat meningkatkan antibodi tubuh dan redakan batuk.

  • Baik tuk jantung.
  • Pemakanan kita macam-macam tapi tak seimbang dan penuh kolestrol.
  • Daun selasih ni bagus tuk jantung dan kurangkan kolesterol jahat.
  • Ni bagus ni..baik tuk kesihatan mata dan mulut.
  • Kaya ngan vitamin A dan C.
  • Mengatasi masalah mata, menenangkan stress mata, kawal rabun dan masalah penglihatan.
  • Hilangkan juga masalah mulut .
  • Mempunyai sifat anti inflamasi dan dapat bantu masalah penyakit arthritis.
  • Daun selasih juga mengandungi kalsium hingga dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan cegah osteoporosis.
  • Bagus jugak ni pada perokok.

PKP ni amalkan ulam daun selasih. Dapat kurangkan ketagihan merokok, cegah diabetes dan batu karang. Dah tau ni, rajin-rajinlah korang tanam pokok selasih ni heh…buat ulam. Jimat duit badan pun sihat. C.Dila baru petik semangkuk daun selasih tuk buat ulam nanti. Dahhhh…jangan malas-malas lagi nak buat ulam.

Ulam Daun Selasih

Sementara itu, daun selasih adalah sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh. Selasih juga enak dijadikan ulam dan dicicah sambal cili. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Daun Selasih atau nama lain nya ruku-ruku dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

Daun Selasih adalah sebagai rawatan untuk gatal gatal pada tekak, bertindak sebagai perangsang, pelawas kencing, mengeluarkan peluh, merawat sakit kepala, masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak, kurap, batuk, rawatan selepas bersalin, demam panas dan asma.

Juga boleh menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak. Ia juga boleh meredakan demam, merawat keradangan usus, penyakit kulit, merawat kencing manis dan gangguan pernafasan. Pokok selasih banyak kegunaan dan daunnya mempunyai aroma yang harum dan menenangkan. Tidak hairanlah salah satu khasiatnya adalah sebagai penenang. Jika kita susah tidur, cuba ambil daun selasih dan hidu daunnya. Insya Allah kita boleh tidur lena ataupun jadikan teh dengan direndam daunnya dengan air panas.

Khasiat Lain Daun Selasih

  • Mencegah batuk – tumbuhan selasih mengandungi anti oksidan dan vitamin C. Pengambilan daun selasih dapat meningkatkan antibodi tubuh dan meredakan batuk.
  • Baik untuk jantung – khasiat dalam daun selasih membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan pengalira darah.
  • Baik untuk kesihatan mata dan mulut – selasih sangat kaya dengan vitamin A yang sangat penting untuk mengatasi masalah mata, menenangkan stress mata dan juga mengawal rabun serta lain-lain masalah penglihatan.
  • Daun selasih juga dapat menghilangkan bau mulut.
  • Tumbuhan anti-inflamasi – tumbuhan selasih mempunyai sifat anti inflamasi. Tumbuha ini membantu mengatasi penyakit arthritis. Selasih juga mengandungi kalsium sehingga dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mencegah penyakit pada tulang seperti osteoporosis.
  • daun selasih juga boleh mengurangkan ketagihan rokok, mengurangkan stress, mencegah penyakit diabetes dan juga batu karang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: