Masalah G6PD

Masalah G6PD

Masalah G6PD. G6PD deficiency

Satu topik yg simple je for me. Tapi selepas bertemu 3-4 patients yg masih confuse, saya decide untuk tulis berkenaan topik ni.

G6PD ialah satu daripada enzim yang menjaga keutuhan dinding sel, daripada serangan pengoksidaan (oxidative damage).
Tak faham? Hahaha.. tak mengapa.

Simple analogi.
Pagar konkrit sekeliling rumah kita perlukan, katalah 20 beg simen. Tapi, budget kita tak cukup. So, kita beli 7 beg sahaja. Jadi, tukang akan guna pasir lebih, untuk bina pagar yang sama. So, pagar konkrit kita tu, tak kuat lah.

Boleh la guna untuk halang lembu 2-3 ekor. Tapi kalau segerombolan lembu datang menyerbu, memang tak tahan la pagar tu.

Sama lah juga dengan sel darah merah. Kalau G6PD cukup, dinding sel akan terpelihara daripada bahan teroksida yang boleh merosakkan dinding sel.

Apa yang anda perlu tahu?

1. Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki, kerana baka yang menentukan penghasilan enzim ini terletak pada kromosom X. Orang perempuan boleh menghidap penyakit ini, tapi jarang (perempuan ada dua kromosom X).

2. Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tak ada rawatan untuk ‘memperbanyakkan’ enzim ini.
Ini adalah penyakit genetik, so ia kekal sehingga akhir hayat.

3. Masalah berkaitan penyakit ini
A. Jaundice (kekuningan) semasa bayi. Risiko untuk jaundice yang tinggi. Selalunya, kalau baby disahkan menghidap G6PD deficiency, akan dipantau sekurang-kurangnya 5 hari di dalam wad.

B. Risiko berlaku pecah darah merah yang teruk (hemolytic anemia) jika terdedah kepada bahan yang ‘terlarang’.

Apakah senarai bahan terlarang dalam G6PD deficiency ini?
1. Ubat gegat (naphtalena). Risiko berlaku hemolysis jika memakai pakaian yang ‘tercemar’ dengan ‘wap’ ubat gegat. So, jangan beli langsung ubat gegat untuk menghalau lipas. Tapi, bukan bermakna anda boleh ternak lipas, tau!

2. Kacang parang/ fava bean.
This is where lots of confusion arise.
It is not any kacang. It is KACANG PARANG.
Bukan SEMUA jenis kacang.
G6PD deficiency dahulu dipanggil favism. Maknanya, hemolysis berlaku apabila orang yg menghidap masalah ni makan kacang parang/ fava bean.

Masalahnya, apabila pantang makan kacang parang ini dikiaskan dengan kacang yang lain.
Saya tahu, ada doktor lain yang memberi nasihat sedemikian. Saya, kurang ilmu dan pengalaman. Tapi setakat yg saya tahu, G6PD tidak dikaitkan dengan kacang lain.
Kalau sesiapa yg ada maklumat lain yang bercanggah dengan pemahaman saya, boleh kemukakan dalam ruangan komen. Dont worry, saya pun masih belajar.

‘Jadi doktor, boleh ke anak saya makan kacang tanah?’
Boleh

‘Kalau makan sate kuah kacang?’
Tak boleh, kalau kuah kacang tu dibuat menggunakan kacang parang.

‘Kalau makan parang?’
Tak berlaku pemecahan datah, tapi perut yang pecah.

‘Kalau makan kacang panjang yg dikerat pendek2 menggunakan parang?’
Boleh, tak ada masalah.

‘Kalau makan perut lembu?’
Kalau lembu tu diberi makan kacang parang sejurus sebelum disembelih, ada risiko, sebab zat kacang parang maybe masih ada dalam perut lembu.

‘Kalau makan aiskrim kacang parang?’
Tak boleh

Oh ya, kacang parang ni kadang2, dipanggil dengan nama yang lain.
Contoh:
Kacang kuda
Kacang itik
Broad bean
Bell bean
English dwarf bean
Haba bean
Silkworm bean
Pigeon bean

Nak senang, anda rujuk kepada gambar yg saya sertakan di bawah. Apa saja nama lain yg anda panggil kepada kacang ini, tidak menjadikan ia OK dimakan oleh penghidap penyakit ini.
Dan, pantang ini juga terpakai kepada ibu yang menyusukan anak yg berstatus G6PD deficiency.

3. Sesetengah ubat.
Ada senarai ubat yg tidak boleh digunakan oleh penghidap G6PD deficiency. Antaranya ialah ubat malaria, sesetengah antibiotics, dan juga beberapa ubatan yg bermula dengan nama sulfa- seperti sulfamethoxazole dan sulfacetamide. (Kalau berkahwin dengan orang bernama Sulfa, tak ada masalah darah pecah)
Untuk selamat, jika anak sakit, bila bertemu doktor, please mention: Anak saya ada masalah G6PD. InsyaAllah doktor akan aware dan akan beri ubat yg sesuai.

4. Jangkitan kuman
Ada sesetengah jangkitan kuman, contohnya influenza A, hepatitis dan salmonella, boleh menyebabkan berlaku hemolysis. So, kalau anak anda tak sihat, be aware of this.

 

1. Methylene blue
Dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk merawat methemoglobinemea, malaria dan juga pewarna semasa endoskop.

Orang awam pula menggunakan ubat biru ini dalam akuarium/ kolam untuk merawat ikan.

So, memang tak boleh digunakan kepada orang yg ada G6PD deficiency, atau bg yang memelihara ikan peliharaan, kena make sure anak2 tak menghidap masalah ini.

Oh ya, nila bukan methylene blue, meskipun dua-dua berwarna biru.
Nila tak ada masalah untuk digunakan (tapi kalau beri minum, tu jadi masalah besar!)

2. Ubat nyamuk lingkaran.
Ada sesetengah ubat nyamuk lingkaran yg boleh menyebabkan hemolysis. Memang ada kes yang dilaporkan terjadi hemolysis apabila terdedah kepada asap ubat nyamuk ini.

Kalau ubat nyamuk yg semburan, takde masalah untuk digunakan. Tapi jangan sembur ke muka anak pula!

Terima kasih kpd yg highlight tambahan ini.

 

Apakah tanda2 berlaku hemolysis?
Tanda paling kerap ditemui ialah
Pucat
Sakit belakang/ perut
Kencing berdarah/ warna gelap.

Kalau ada tanda2 ini, segera ke HOSPITAL. Tak perlu argue, bahawa anak anda tak terdedah kepada mana2 bahan yg saya sebut sebelum ini. Just bawa anak anda ke HOSPITAL berdekatan sesegera mungkin.

Ok, panjang dah membebel.
Semoga apa yg saya tulis ini memberi manfaat kepada anda.

Boleh share, dan please tegur kalau ada fakta saya yang salah.

Dr Saleh yg tak cukup ilmu (Alhamdulillah, masih cukup G6PD. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustai)

kredit dr saleh

RISIKO JIKA TUBUH TAK CUKUP VITAMIN

Pengambilan vitamin & mineral yang tak cukup boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan. Sebab kita mudah terdedah dengan penyakit jantung, kanser dan tulang polos (osteoporosis).

Vitamin B yang tak cukup mungkin membawa kepada kerosakan saraf, boleh jadi kerosakan kekal dan anemia (kekurangan hemoglobin).

Vitamin C yang tak cukup pula, badan tak boleh hasilkan kolagen yang mencukupi. Kolagen ni tisu paling utama dalam badan tau, bukan nak anjalkan kulit saja.

Dalam kes kekurangan vitamin C yang teruk, seseorang tu terdedah kepada scurvy- penyakit salur darah yang mana gusi jadi bengkak & berdarah, sakit sendi, keletihan dan tompok merah pada kulit.

Vitamin D yang tak cukup pula menjadi penyebab riket dikalangan kanak-kanak. Penyakit riket ni ialah gangguan tulang yang menyebabkan tulang jadi lembut & mudah patah serta risiko kecacatan.

Sementara itu untuk orang dewasa, vitamin D yang tak cukup menyumbang kepada masalah kesihatan tulang, tekanan darah tinggi, beberapa jenis kanser & penyakit autoimun.

Ini hanya lah beberapa vitamin sahaja, sedangkan banyak lagi vitamin & mineral yang kita rasa diperlukan dalam jumlah yang sedikit tapi sangat penting untuk kesihatan.

Kredit : Dr Fyda Noh

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply