Penyakit Tiroid – Rawatan Terbaik Tanpa Ubat Doktor

Penyakit Tiroid – Rawatan Terbaik Tanpa Ubat Doktor

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.

Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Penyakit Tiroid

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Penyakit hipotiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.
Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Gejala hyperthyroidism:

  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit
  • ubuh badan lemah
  • osteoporosis

Gejala hypothyroidism:

  • kurang tenaga
  • rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan
  • kemurungan
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering
  • rambut gugur
  • sembelit
  • beguk
  • nafsu seks turun
  • suara serak

Fakta Pemakanan  Penyakit Tiroid

Brokoli, kubis, kecambah brussels, cauliflower, kale, bayam, turnips, kacang soya, kacang, dan sawi hijau merupakan antara barangan makanan yang menekan aktiviti Tiroid. Makanan ini perlu dimasukkan ke dalam diet untuk keadaan hyperthyroid dan dielakkan untuk syarat-syarat hypothyroid.
Mengelakkan makanan yang ditapis, gula, produk tenusu, gandum, kafein dan alkohol didapati berkesan dalam merawat gangguan Tiroid. Asid lemak yang perlu bagi pengeluaran hormon dan anti-radang. Mengambil 1,000-1,500 mg minyak flaxseed tiga kali sehari.
Supaya proses metabolik untuk berfungsi dengan betul, kalsium dan magnesium adalah penting. Ia mesti hadir bersama-sama dalam kuantiti yang mencukupi, atau badan tidak boleh menggunakan sama ada. Nisbah optimum ialah 3 bahagian kalsium untuk 1 bahagian magnesium. Jangan sekali-kali menambah kalsium tanpa juga menambahkan magnesium. Dengan berbuat demikian, badan akan benar-benar menggunakan disimpan Mg untuk mencuba dan proses Ca supplemented, hasil akhir yang adalah bahawa badan sebenarnya susut kalsium yang disimpan rizab kerana Mg yang memegang ia di tempat yang telah diambil dari cuba untuk memproses kalsium supplemented.
Tidak kira mana rawatan alternatif yang anda memutuskan untuk menggunakan, fungsi Tiroid perlu dinilai dengan berhati-hati dan mungkin memerlukan nasihat pakar perubatan. Sesetengah orang mempunyai kejayaan besar yang menggunakan perubatan alternatif sahaja, manakala orang lain mesti menggunakan kombinasi perubatan alternatif dan konvensional.
Hyperthyroidism adalah penyakit di mana Tiroid yang menjadikan terlalu banyak hormon Tiroid yang biasa terlibat dalam proses metabolisme. Ini menyebabkan metabolisme yang sangat tinggi yang membawa kepada gejala-gejala seperti penurunan berat badan, denyutan jantung yang cepat dan sesak nafas. Makan diet yang betul, yang terdiri daripada makanan tertentu juga boleh membantu untuk mengawalnya.
Sebagai contoh Yogurt dapat mengurangkan kesan Tiroid berkontraksi untuk. Begitu juga, Makan kubis boleh menghalang keupayaan badan untuk menyerap iodin, ia boleh mengurangkan gejala-gejala hyperthyroidism. Minyak zaitun boleh digunakan dalam masakan, penaik dan menu lain sering dan didapati bermanfaat untuk hyperthyroidism adalah ia tinggi kalori dan boleh membantu untuk mengurangkan atau mengelakkan kehilangan berat badan, kesan sampingan yang biasa penyakit. Badam adalah bermanfaat bagi mereka untuk Tiroid berkontraksi kerana ia mengandungi kalsium mineral.
sumber: ndlifestokis

HYPERTHYROID SUDAH STABIL & TAK PERLU BERGANTUNG DENGAN UBAT LAGI

.

Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.
.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.
.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.
.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti!Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.
.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.
.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.
.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju… Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.
.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.
.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.
.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.
.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.
.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.
.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya danbantu kukuhkan balik sistem imun saya.
.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?
.

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.
.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.

penyakit tiroid

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu