DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Takut Luar Biasa Rasa Bersalah Covid19

Takut Luar Biasa Rasa Bersalah Covid19

Takut Luar Biasa Rasa Bersalah Covid19. Once dah kena, baru datang rasa TAKUT LUAR BIASA DAN RASA BERSALAH! Yup, semalam (7 Mei 2021), selesai sudah saya kuarantin 2 minggu di rumah selepas disahkan positif Covid-19.

Bila mula? Saya pun tak pasti bila mula dan bila kena , tapi mungkin ketika saya dan officemate makan-makan di rumah bos. Yup, masa tu kami pakai mask, tapi tak jaga penjarakan sebab masa makan, mana pakai mask weh!

Masa tu, tak saspek apa-apa sebab kami anggap ‘selamat’ sebab selama ni ok je. Inilah permulaan ujian datang apabila kita mula rasa ‘selesa’ dan ‘selamat’ tanpa ada SOP yang betul.

Hari makan bersama officemate pada Khamis (22 Apr). Hari mula gejala pada Sabtu malam (24 Apr) lepas berbuka puasa. Nak tambah lagi cuak dan rasa bersalah, sebelum gejala datang, hari Jumaat saya stay di rumah dengan family.

Hari Sabtu pagi pula saya keluar memberi agihan sumbangan bawah Jabatan Amal, dan sebelah malam, saya buka puasa dengan family, ada parent sudah berumur 70 sekali , ada anak buah paling muda berumur 8 tahun

Kena ingat, tiada sebarang gejala langsung sehingga Sabtu malam, saya sihat dan bertenaga tanpa sebarang tak sedap badan langsung! SOP pun saya jaga sebaik mungkin apabila di luar.

Sabtu malam lepas berbuka, tekak mula rasa kering, ingatkan rasa tekak macam tu sebab bantai air dark chocolate pekat . Sampai dah lewat malam around 10+, kepala rasa pening, tekak makin kering, badan mula rasa tak sedap.

Ahad pagi, memang terus ting tong! Badan rasa lemah nak buat apa-apa. Memang habiskan seharian bangun tidur bangun tidur. Macam panda dah rasa.

Isnin hari kerja, saya dapat mesej, officemate lain semua keadaan yang sama, demam, pening kepala, bukan seorang, tapi sampai 4 orang! Masa ni dah mula tak sedap hati. Tapi ‘konon’ rasa selamat, kita rehat je kat rumah dan anggap tak ada apa-apa.

Selasa makin tak sedap badan dan tak sedap hati, contact kawan yang pernah kena covid, tanya macam mana boleh bermula dan sebagainya, sah, sebiji sama keadaan yang saya dan officemate lalui. 🥶

Terus tanpa fikir panjang, petang Selasa tu buat RTK, result POSITIF!

Malam tu, buat pula PCR dan arahan office terus tutup dan kuarantin serta merta dibuat kepada semua officemate yang bergejala dan tidak bergejala.

Masa ni, saya contact balik dengan semua orang yang saya ingat saya jumpa secara fizikal walaupun mask saya pakai, penjarakan dijaga, tapi tetap saya maklumkan untuk mereka mula kuarantin diri.

Mereka ni termasuklah family saya makan sekali, AJK agihan sumbangan yang saya duduk lepak sekali, orang yang saya naik kereta sekali, senang cerita semua orang yang saya boleh akses.

Hari Rabu, keluar result PCR, confirm POSITIF.  Dan masa tu, dok fikir mereka yang saya kontak rapat. Rasa bersalah sangat sangat!

Masa tu, ayah punya ayat paling pedih. “Punyalah berhati-hati kita apabila keluar, last-last anak sendiri jadi punca sampai kepada family,”

Dan bertambah lagi tak best, saya dan officemate rupanya 7 orang sah positif. Salah seorang officemate, kena pula pada family lagi 13 orang. Lagi seorang officemate kena pula pada rumah bujang dia lagi 5 orang.

Saya pula, kena pada 1 orang AJK yang saya jumpa masa program Sabtu (Mohon doa untuk beliau yang kini berada dalam pantauan di hospital). Rezeki family saya selepas semua buat PCR, semua negatif.

So berapa ramai yang kena buat test dalam situasi saya dan officemate terlibat?

Total staf ada 17 orang wajib buat semua. Pasangan lagi, anak lagi, adik beradik lagi, parent lagi, kawan dan kontak rapat lagi, kalau saya anggarkan, ada lebih 50 orang!

Dan bayangkan mereka semua buat RTK yang bernilai around rm100+,

dan sebahagian besar daripada mereka buat PCR around rm200+. Nilai test sahaja melebihi 5k oi!

Ini pesanan saya buat anda yang masih tak ambil serius bab SOP, mask, sanitizer, dan berdegil (macam saya ) nak buat gathering family, gathering buka puasa, gathering raya nanti dan segala bagai gathering tu!

(Termasuklah mereka yang retis, famous dan berjawatan yang acah bagus pergi rentas negeri beli cincau, karpet, buka puasa anak yatim dan tangkap gambar produk etc etc then akal pendek pergi pos di media sosial, lepas tu acah terpaling agama di bulan Ramadan )

1. Tolong ambil serius bab SOP. Jangan buka mask sekalipun suara slow, panas, berpeluh dan apa jua ketidakselesaan. Jangan buka mask!

2. Sanitize. Bawa sanitizer kecil tu, dan sapu tangan. Kita tak tahu tangan kita ni dah usik virus celah mana.

3. Jangan sentuh/salam orang. Yup, walaupun dengan family, parent, tok imam, cikgu dan sesiapa saja. Ya memang rasa bersalah nak menolak salam, tunggulah rasa bersalah sebab kontak rapat covid, masa tu perasaan bersalah lagi teruk oi! Baik rasa bersalah tolak salam daripada rasa bersalah nak maklumkan kontak rapat covid. 🤝🤝🙅🙅

4. Gathering? Tangguh dululahhh. Tapi nak buat juga? Then, SOP ambil serius tahap gaban! Masalahnya SOP tenggelam ke laut, baik takyah buat!

5. Kalau mula rasa tak sedap badan: Tekak kering? Kepala pening? Demam? Selesema? Batuk? Walaupun sikit, jangan menggatal nak pergi jumpa family lah, kawan lah, then guna ayat “ala, tak ada apa-apa ni, demam biasa je,” please guys! Just don’t. ANGGAP COVID DAHULU.

6. Buat semua, mohon sentiasa doakan mereka yang ditimpa ujian Covid ini cepat sembuh dan baik.

7. CUKUPLAH SALAHKAN ORANG LAIN! Frontliners berhempas pulas nak jaga pesakit yang hadir. Mereka beri yang terbaik. Pakai PPE one whole day.

Mereka SETIAP MINIT DI TEMPAT KERJA terdedah dengan covid. Tak macam kita ni. PLEASE MUDAHKAN KERJA MEREKA.

Para menteri dan pihak atasan (yang betul-betul buat kerja), mereka pun dilema juga.

Kalau buat PKP 1.0, ratusan juta ringgit transaksi sehari akan terhalang (ini saya dengar cerita rakan saya kerja gomen), lagi bertambah teruk ekonomi kita nanti.

Dalam masa yang sama, mereka dilema dengan keadaan kebolehjangkitan Covid.

9. Akhirnya, terima kasih semua frontliners dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses kuarantin

dan saya mohon maaf kepada semua yang terlibat juga.

Jom teruskan kehidupan sedaya upaya kita! Kita jaga sama-sama kita. Kita bantu sama-sama kita. Kita sokong sama-sama kita.

– Asnawi Yusof –

Leave a Reply

%d bloggers like this: