Warfarin Ubat Cair Darah Beku

warfarin

Warfarin ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang pembekuan darah yang pekat. Ianya lebih popular dengan panggilan ‘ubat cair darah’ dalam kalangan pesakit. Walaupun begitu, sebenarnya warfarin tidak mencairkan darah tetapi menghalang darah daripada mudah membeku dan membentuk gumpalan yang mampu menyekat perjalanan darah yang seterusnya menyebabkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok ataupun pulmonari embolisma.

Kegunaan Warfarin

Ianya digunakan bagi merawat penyakit yang dipanggil venous thrombosis (pembekuan darah pada salur darah vena) dan cabangnya iaitu pulmonari embolisma (pembekuan darah pada paru-paru). Ia juga digunakan pada pesakit yang mempunyai degupan jantung yang tidak sekata (atrial fibrillation) ataupun pesakit yang telah menjalani penukaran injap pada jantung. Selain daripada itu, ianya juga digunakan bagi mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung kali kedua dan strok.

Bagi pesakit yang mengambil ubat ini, lazimnya kepekatan darah akan sentiasa dipantau bagi mencapai keberkesanan yang disasarkan selain mengelakkan risiko pendarahan. Bagi tujuan permonitoran darah, International Normalised Ratio (INR) digunakan sebagai kayu pengukur kepada kepekatan darah. Biasanya sasaran kepekatan darah adalah antara INR 2.0 – 3.0 dan kepekatan darah yang melepasi 4.0 dikatakan tidak mempunyai kelebihan dari segi keberkesanan dan boleh mendedahkan pesakit kepada risiko pendarahan. Oleh itu, sasaran kepekatan darah yang digunakan adalah spesifik bagi setiap individu pesakit mengikut kepada indikasi ubat tersebut.

Halang Pembentukan Vitamin K

Ianya berfungsi dengan cara menghalang pembentukan semula vitamin K di dalam badan manusia. Oleh sebab itu, warfarin juga dikenali sebagai antagonis kepada vitamin K (vitamin K antagonists). Maka, sebarang makanan yang mempunyai banyak vitamin K mampu mengurangkan keberkesanan warfarin dalam menghalang pembekuan darah. Antara sumber makanan yang mempunyai kandungan vitamin K yang tingggi adalah seperti hati, sayur brokoli, tauge dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, ketumbar dan kubis. Selain daripada itu, warfarin juga bertindakbalas dengan buah kranberi dan anggur.

Justeru, pesakit yang mengambil ubat ini haruslah menjaga pemakanan mereka agar keberkesanan rawatan warfarin dapat dicapai dan diteruskan selain mengelakkan pendarahan daripada berlaku. Sebarang perubahan ketara kepada diet harian mahupun pengambilan ubat-ubatan lain hendaklah dilakukan selepas berbincang dengan pakar perubatan yang merawat dan ahli farmasi.

Risiko Pendarahan

Isu yang sering dibangkitkan berkaitan dengan penggunaan warfarin ini adalah risiko pendarahan. Oleh itu, pesakit yang mengambil ubat warfarin kerap dinasihatkan agar sentiasa memerhatikan sebarang tanda-tanda pendarahan yang mungkin berlaku seperti kencing atau najis berdarah, kewujudan tanda-tanda lebam pada anggota badan, pendarahan pada gusi atau anggota lain yang tidak berhenti dan najis yang bertukar warna kepada warna hitam pekat. Selain daripada itu, risiko pendarahan juga boleh berlaku melalui pendarahan semasa haid yang melampau dan juga pendarahan hidung yang tidak berhenti.

Pesakit yang mempunyai sebarang tanda-tanda pendarahan adalah dinasihatkan agar terus berjumpa dengan doktor dan membawa bersama semua ubat yang diambil termasuklah warfarin bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai punca pendarahan tersebut. Pesakit-pesakit yang menerima rawatan warfarin juga hendaklah sentiasa berwaspada apabila hendak melakukan sebarang prosedur kesihatan seperti rawatan pergigian. Menjadi tanggungjawab pesakit untuk memberitahu doktor berkaitan ubat yang diambil bagi mengelakkan risiko pendarahan yang mungkin berlaku.

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)

Bagi memastikan pesakit yang mengambil warfarin dapat mencapai keberkesanan yang diingini dan mengelakkan sebarang risiko pendarahan, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mewujudkan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) ubat ini. Perkhidmatan MTAC ubat ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai farmasi di hospital.

Melalui program MTAC ini, pesakit boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai ubat cair darah, diet dan pemakanan, interaksi warfarin dengan ubat-ubatan lain serta tahap kepekatan darah (INR) mereka. Setiap pesakit diberikan buku rekod warfarin agar pesakit boleh merekodkan bacaan INR dan seterusnya memantau perkembangan kepekatan darah mereka.

Pesakit disarankan untuk mengambil warfarin sebelum makan malam bagi memastikan ianya mencapai keberkesanan yang optima. Sekiranya pesakit terlupa untuk mengambil ubat ini sebelum makan, ia boleh diambil dua jam selepas makan bcgame Brazil. Walau bagaimanapun, jika pesakit terlupa untuk mengambil ubat pada hari yang sama, pesakit boleh mengambil dos warfarin yang seterusnya pada waktu dan dos yang sama pada hari esok. Pesakit tidak boleh sama sekali menggandakan dos warfarin pada hari itu bagi menampung kekurangan dos yang terlupa diambil semalam harinya.

Dengan kerjasama erat dalam kalangan profesional kesihatan dan pesakit, adalah diharapkan keberkesanan rawatan yang optima dapat dicapai dan dalam masa yang sama, risiko pendarahan dapat dielakkan

sumber: fbkkm

DARAH TINGGI PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah di seluruh badan. Ia akan menyebabkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang terjejas. Seterusnya ini akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang.

Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi. Apakah Tanda – Tanda Dan Gejala Penyakit Buah Pinggang Kronik❓

Gejala penyakit buah pinggang adalah bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala.Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku:

✅Sentiasa rasa letih
✅Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang lama
✅Rasa loya / muntah berterusan
✅Tekanan darah tidak terkawal
✅Jumlah air kencing berkurangan

Protein dalam air kencing (Proteinuria) adalah salah satu tanda penting penyakit buah pinggang kronik. Pesakit penyakit buah pinggang kronik mungkin akan mengeluarkan air kencing berbuih. Ia boleh disahkan melalui ujian air kencing. Kerosakan buah pinggang akan menyebabkan protein darah yang dipanggil albumin tersingkir melalui air kencing.

Pada peringkat awal, hanya kuantiti kecil albumin terjerlus ke dalam air kencing melalui buah pinggang. Keadaan ini dikenali sebagai “microalbuminuria”. Ini merupakan satu tanda awal kegagalan fungsi buah pinggang. Apabila fungsi buah pinggang semakin terjejas, jumlah protein yang terjerlus melalui air kencing akan semakin meningkat. Keadaan ini dikenali sabagai proteinura.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply