DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Kandungan Vaksin Pfizer

Kandungan Vaksin Pfizer

Ramai yang bertanya doktor apa bahan-bahan yang ada dalam vaksin COVID-19. Selamat ke tak? Ada tak bahan-bahan yang meragukan dalam tu?

FDA telah menyenaraikan semua komponen yang ada dalam vaksin Pfizer. Food and Drug Agency (FDA) adalah satu badan yang mengawal selia semua ubatan di Amerika Syarikat. Setiap ubat yang berada di pasaran perlu mendapat kelulusan FDA dan ia akan menarik balik ubat-ubat yang membahayakan daripada pasaran.

Ini adalah senarai bahan yang ada dalam vaksin Pfizer yang telah disenaraikan oleh FDA. Boleh klik link di bawah untuk melihat maklumat tersebut ;
https://www.fda.gov/media/144414/download

1. nucleoside-modified messenger RNA (modRNA) encoding the viral spike glycoprotein (S) of SARS-CoV-2. Ini adalah mRNA gentik virus yang akan merangsang antibodi seseorang kepada virus SARS-CoV-2.

2. Komponen lemak
lipids ((4-hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2
[(polyethylene glycol)-2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and cholesterol)
Komponen lemak ini berfungsi untuk melindungi komponen mRNA dan membantu masuk ke dalam sel tubuh. Saiznya 100 nanometer sebesar saiz virus.

3. Garam
potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride & dibasic sodium phosphate dihydrate.
4 komponen garam ini berfungsi agar acidity ataupun pH vaksin hampir dengan pH tubuh.

4. Gula : sucrose
Ia berfungsi melindungi nanopartikel daripada membeku dan melekat antara satu sama lain.

Akhir sekali sebelum disuntik vaksin akan dilarutkan dengan saline agar kandungan isotonik sama dengan tubuh.

Klik dan share di FB :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=885498188912279&id=100023563182649

Atau di twitter

#SharingDrDin #VaksinCovid

Leave a Reply

%d bloggers like this: